Info anda
Assalamualaikum dan salam ceria. Syukur kerana dapat berkongsi bahan pengajaran bagi membantu kanak-kanak mengenal huruf dan membaca. Bahan yang dikongsikan adalah bahan yang saya sediakan dan guna pakai sendiri untuk PdPc di kelas Pemulihan Khas dan sebagai bahan bacaan anak-anak di rumah.

Saya boleh katakan ia lengkap kepada guru Pemulihan Khas sebagai BBM di kelas kerana saya bangunkan bahan ini adalah berdasarkan 32 kemahiran (Bahasa Malaysia) dalam sukatan pelajaran bagi program tersebut. Namun saya juga akan kemaskini jika ada sebarang penambahbaikan dari semasa ke semasa. Anda juga digalakkan memberi teguran dan pandangan sekiranya ada kesilapan pada bahan tersebut yang mana saya mungkin terlepas pandang kerana bahan beformat PDF ini saya anggarkan mengandungi lebih daripada 700 muka. .




Harapan

Saya berharap bahan ini dapat membantu murid dan kanak-kanak belajar membaca dengan lebih baik. Bahan ini juga adalah cuma bahan tambahan untuk mempelbagaikan kaedah dan bahan yang anda gunakan, kerana saya juga menggalakkan anda menggunakan bahan tambahan lain sebagai BBM anda kerana kepelbagaian bahan anda sebenarnya membantu dalam pembentukan minat murid untuk belajar dan tidak cepat merasa bosan.


Penafian

Sebarang masalah dan kerosakan yang anda hadapi setelah memuat turun serta menggunakan bahan dari laman ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Saya juga pasti bahawa bahan yang saya sediakan ini adalah percuma dan juga tidak akan mendatangkan masalah dan kerosakan kepada anda.

AMARAN!

Anda tidak dibenarkan untuk menerbitkan bahan ini secara elektronik atau bercetak dan tidak dibenarkan untuk menjual bahan ini kepada sesiapa. Anda hanya dibenarkan untuk mencetak atau menayang bahan ini bagi tujuan mengajar murid-murid atau anak-anak anda sahaja.  


Adli Hafizi bin Daud
kelascgadli@gmail.com
aartcity@gmail.com
SKWB Saratok

0 comments:

Catat Ulasan

Sudah muat turun? Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini.

PERHATIAN:

PENAFIAN: Sebarang masalah dan kerosakan yang anda hadapi setelah memuat turun serta menggunakan bahan dari laman ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Saya juga pasti bahawa bahan yang saya sediakan ini adalah percuma dan juga tidak akan mendatangkan masalah dan kerosakan kepada anda.
AMARAN!: Anda tidak dibenarkan untuk menerbitkan bahan ini secara elektronik atau bercetak dan tidak dibenarkan untuk menjual bahan ini kepada sesiapa. Anda hanya dibenarkan untuk mencetak atau menayang bahan ini bagi tujuan mengajar murid-murid atau anak-anak anda sahaja. Anda juga tidak dibenarkan untuk mengubah apa pun daripada bahan yang saya sediakan ini.